Anwar: Sangkaan P'raya S'wak bersih jauh meleset

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sangkaan bahawa pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlangsung merupakan pilihan raya bersih, bebas dan adil adalah jauh meleset.Anwar malah mendakwa, pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH), Ambiga Sreenevasan juga tidak dibenarkan untuk memasuki negeri itu bagi 
memantau pilihan raya berkenaan.



Bercakap dalam satu sidang media di Kuching semalam, Anwar turut mendakwa bahawa kerajaan berniat untuk menipu apabila Ambiga dihalang untuk memantau pilihan raya berkenaan.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat akan memastikan bahawa
BN tidak akan dapat menggunakan penipuan dan mempergunakan media seperti yang dilakukan dalam pilihan raya Sarawak.

Anwar juga berkata, Pakatan akan menegaskan supaya pasukan pemantau, media dan juga anggota parlimen dari luar negara akan menjadi pemantau dalam pilihan raya umum itu.

Tambahnya, banyak negara terjerumus ke kancah perang dan bencana disebabkan proses pilihan raya yang melibatkan penipuan.

Katanya lagi, Pakatan tidak boleh membenarkan perbuatan membeli undi dan menggunakan media untuk menyerang Pakatan ketika pilihan raya akan terus berlaku.

sUMBER : malaysiakini
              

Comments