Rebat telefon pintar 3G mulai tahun depan.


Golongan belia berusia antara 21 hingga 30 tahun boleh memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G bermula tahun depan, 1 Januari 2012 bersamaan dengan hari Selasa.

Permohonan secara online boleh dibuat di http://nbi.skmm.gov.my/ . dibawah Pakej Komunikasi Belia.

Skim ini berasakan konsep Siapa Cepat Dia Dapat untuk 1.5 Juta belia yang layak sahaja selagi stok masih ada .

REBAT RM200 BELI TELEFON 3G UNTUK BELIA


Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi,  Rebat RM200 ini hanya terhad untuk telefon pintar berharga RM 500 maksimum daripada ejen /pengedar terpilih sahaja.

Tujuannya Rebat RM200 memperluaskan insentif belia berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.



Comments