Software yang mesti ada di netbook anda.

Seperti yang tertulis pada tajuk post saya pada kali ini,anda sudah tentu dapat menjangka apa yang akan saya kongsikan pada hari ini. Software yang mesti ada di netbook anda.Software wajib install untuk PC dan laptop baru.

Screenshot di bawah pasti dapat memberikan gambaran jelas akan software yang saya telah install di netbook.Buat pengetahuan anda,saya menggunakan netbook Lenovo Ideapad S110.Baru menggunakan netbook ini selama beberapa minggu setelah laptop lama saya yang telah banyak berjasa iaitu  Acer Aspire 4315  mempunyai masalah motherboard..Laptop acer ini telah 5 tahun saya gunakan sejak sebelum rosak.

Antara sotware yang ada pada netbook ini ialah.
  • CCleaner ialah windows utility yang digunakan untuk membersihkan fail sampah/sementara dan registry key yang bermaslah atau tidak berguna pada windows sistem anda.Selain itu ia turut membersihkan jejak aktiviti internet anda
  • DriverEasy berguna untuk mendapatkan driver yang terbaru dan sesuai untuk hardware dalam pc anda.Selain itu ia turut backup dan restore driver pc anda setelah siap format
  • EasyBCD memberi anda kawalan untuk mengubah Bootloader untuk windows vista,7,8.Amat sesuai untuk mereka yang dual-boot windows dgn Linux
  • Foxit Reader ialah software untuk membaca fail berformat PDF.Alternatif terbaik kepada Adobe Reader
  • Google Chrome ialah browser pilihan saya untuk melayari internet.Boleh tambah pelbagai Adds On .
  • Internet Download Manager meningkatkan kelajuan download anda sehingga 5 kali ganda dan anda boleh resume downlaod. yang anda hentikan.here
  • Microsoft Office ialah aplikasi office untuk anda.Saya guna home office saja .Bolehlah kalau sekadar taip surat,buat slideshow ,excel .
  • Paint.Net ialah image editor
  • Perfect Disk ialah software untuk defrag hard disk anda agar lebih laju
  • Recuva digunakan untuk recover data yang telah didelete.
  • SafeIP berguna ketika anda melayari internet.Anda boleh melindungi IP yang digunakan dan melayari website yang telah diblock.
  • VLC or Winamp ialah multimedia player yang digunakan untuk saya mendengar lagu dan menonton movie yang saya download.Dan yang penting ia free.
  • Winrar ialah data compression .Anda boleh compress fail anda  yang bersaiz besar agar dapat menjimatkan ruang dalam hard disk anda.Selain itu,ia berguna untuk mengekstrak fail berformat .rar
  • Microsoft Security Essentials ialah antivirus yang saya gunakan.free dari microsoft.
  • Revo Uninstaller digunakan untuk membuang software yang tidak diingini di dalam pc anda.Alternatif terbaik kepada  windows uninstaller



software wajib untuk laptop

Untuk pengguna biasa,software2 seperti yang saya share ini sudah cukup untuk diinstall didalam netbook anda..Tak payah nak install segala garbage software yang jarang anda gunakan.Contohnya software untuk dvd burner kerana netbook tidak mempunyai internal dvd player/burner.Namun tidak salah untuk install jika anda mempunyai external dvd burner.