Permohonan semula Pakej Komunikasi Belia telah berjaya.

Sebelum ini saya telah berkongsi mengenai kegagalan saya untuk menebus rebat Pakej Komunikasi Belia kerana tarikh yang telah luput.

Hari ini, setelah hampir 2 bulan saya telah berjaya membuat permohonan Pakej Komunikasi Belia untuk kali kedua.Gembira sangat kerana ada juga peluang saya untuk menebus rebat ini.Tarikh luput rebat saya ialah pada 1 September 2013.

rebat beli telefon

update 24/5/2013
selepas membawa cetakan ini ke kedai untuk tuntutan, saya telah diberitahu bahawa permohonan saya tidak berjaya kerana nombor pendaftaran tiada dalam cetakan ini.Maaf kerana saya perlu menunggu email pengesahan dari Pihak skmm..