Cara Mudah ROOT handphone Android

Setelah beberapa bulan menyepi tanpa sebarang post,akhirnya saya berpeluang juga untuk menulis post yang telah lama saya fikirkan.


Kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya ROOT handphone Android.Handphone yang digunakan ialah Samsung Galaxy Ace Plus (GT-S7500 ) Android 2.3 Gingerbread..Kenapa perlu kita ROOT handphone Android ?

  • Meningkatkan kelajuan handphone android anda
  • mendapatkan akses mutlak dalam handphone android anda.Anda boleh install,buang aplikasi yang sedia ada di dalam handphone.
  • kita boleh cuba custom ROM yang banyak terdapat di internet.( saya belum cuba ini)
  • meningkatkan jangka hayat bateri
Sebelum anda ROOT handphone android anda,perlu diingatakn bahawa jika berlaku kerosakan pada handphone anda,warranty daripada pihak pengeluar handphone adalah tidak boleh diguna pakai.Pihak pengeluar handphone tidak bertanggungjawab terhadap handhone yang telah diROOT.

Download Kingo Android Root dan install di PC anda.Pastikan komputer anda mempunyai sambungan internet ketika proses ROOT .

  1. Benarkan fungsi USB debugging.Settings > Applications >Developments>Tick USB debbuging
  2. Sambungkan handphone anda ke PC.
  3. Setelah handphone anda dapat dikesan,Kingo Android Root akan memeriksa sistem android handphone  dan download root file dari server mereka dan menyalinnya pada handphone anda.
  4. Handphone berjaya diroot dan anda boleh download apps yang memerlukan ROOT akses.










Selamat mencuba semua.Harap anda berjaya mendapatkan akses ROOT pada handphone android anda