Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak





KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. 
Najib berkata, kedudukan itu dikira pembekal data satelit, Inmarsat, dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom menggunakan analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seumpama itu. "Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth. 
"Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh daripada sebarang kawasan mendarat. Maka dengan rasa sedih dan berat hati, saya mesti memberitahu anda bahawa berdasarkan data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Sumber: Berita Harian


May their soul Rest in Peace.My deep condolences to the family and friends of those who are on board

Comments