Cara buat Lesen P di Pejabat JPJ

Tahniah !!!! Anda telah lulus ujian JPJ bahagian 2 dan bahagian 3.Sila buat Lesen P anda di pejabat JPJ terdekat.




Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat lesen P ?

  1. Kad Pengenalan 
  2. Gambar berukuran Passport.Background putih ( Tidak wajib.Kalau tiada, pihak JPJ akan mengunakan gambar seperti di IC anda.)
Mudah saja kan ??Pastikan anda pergi ke Pejabat JPJ , 24 JAM selepas ujian JPJ anda .Ini kerana Pihak JPJ akan mengambil sedikit masa untuk update keputusan ujian anda ke dalam sistem mereka.

Bayaran adalah sebanyak RM60 untuk 2 Tahun.Pembayaran hanya  mengunakaan debit card/credit card.Pihak JPJ tidak menerima wang Tunai dalam sebarang transaki pembayaran .Boleh Rujuk JPJ ditempat anda untuk mode pembayaran.

Pastikan anda tidak lupa menukar Lesen P anda ke CDL selepas 2 Tahun.Sebaiknya 6 hari sebelum lesen P anda tamat , terus ke JPJ untuk tukar ke CDL.




Comments